Isnin, 19 November 2018

Alat Pengesan Pro Pointer

Alat pengesan Pro Pointer merupakan alat pengesan yang dihasilkan daripada pin pointer biasa. Beza terbaru ini boleh digunakan di dalam air.



Alhamdulillah saya kerap kali membuat pengujian mengesan di dalam air. tempat sesuai untuk menguji adalah di dalam sungai. Banyak pengalaman yang telah saya lalui sepanjang proses pengujian tersebut. Malah ianya bukan sehari dua tempohnya proses pengujian tersebut.

Pin pointer biasa menggunakan komponen biasa. Manakala Pro Pointer pula menggunakan komponen khas kalis air. Semua komponen yang digunakan adalah high quality. Untuk maklmat semua, pengujian pertama saya menggunakan komponen biasa-biasa saja. Keputusannya adalah gagal kerana berlaku litar pintas akibat terkena air dengan tempoh yang cepat.

Bentuk Pro Pointer adalah sama seperti pin pointer biasa. Namun begitu ada terdapat perbezaannya. Pro Pointer tiada pelaras kelihatan. Pelaras diletak di dalam alat. Sistem pelarasan ini perlu dilaras sekali sahaja sebelum alat digunakan.



Pelaras pin pointer biasa diletak di luar. Tetapi untuk Pro Pointer terpaksa diletak di dalam. Ini kerana tiada komponen pelaras khas untuk kalis air. Akan berlaku kebocoran jika komponen ini digunakan.

Untuk Pro Pointer membuat pelarasan perlu dibuka penutup bateri. Kemudia akan kelihatan komponen pelaras bersaiz kecil. Buat pelarasan sekali sahaja dan kemudian penutup ditutup rapat-rapat.

Pro Pointer akan menghasilkan bunyi, perubahan waran LED dan vibration. Pin pointer biasa tiada fungsi vibration dan hanya sekadar bunyi dan LED sahaja. Apabila membuat pengesanan di dalam air, bunyi tidak akan didengari dengan jelas. Oleh itu vibration perlu digunakan.

Lubang buzzer akan nampak kelihatan. Kebanyakan pembeli akan bertanya akan lubang kecil tersebut sebab kuatiri air akan masuk ke dalam alat. Sebenarnya lubang tersebut menghalang air dari masuk ke dalam alat. Air yang masuk tidak sampai ke dalam alat. Malah buzzer masih tetap berbunyi walaupun air masuk ke dalam lobang tersebut. Untuk mengeluarkan air dari dalam lubang adalah dengan meniup kuat ke dalam lubang tersebut.

Pro pointer menggunakan bateri 9 volt seperti pin pointer biasa.

Ahad, 18 November 2018

Easy Pointer

Baru-baru ini saya bersama rakan mengadakan aktiviti luar kawasan di kawasan sungai-sungai yang terdekat. Kawasan sungai yang terdekat adalah di area Hulu Langat kerana ianya berdekatan dengan KL. Tujuan saya menjalankan aktiviti tersebut adalah untuk menguji alat Easy Pointer yang terbaru dihasilkan.






Sebenarnya alat tersebut bukanlah baru. Ianya pernah saya hasilkan sebelum ini lebih dari dua tahun lalu. Alat tersebut dibuat atas permintaan pelanggan. Baru-baru inilah saya hasilkan semula dengan membuat upgrade pada fungsi alat tersebut.

Easy Pointer adalah alat pengesan logam jenis pin pointer. Ianya dihasilkan untuk kalis air. Kemudian ditambah pula dengan fungsi hujung pengesan boleh dipanjangkan lebih dari satu meter.

Setelah siap pemasangan, tibalah masa untuk membuat pengujian sebenar di kawasan luar. Pengujian di dalam lab memang kerap dilakukan. Namun begitu dua keadaan yang berbeza ketika melakukan pengujian di dalam lab dan di kawasan luar. Suasana dan keadaan persekitaran adalah berbeza sekali. Jadi, saya perlu buat pengujian pada kedua-dua keadaan.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Apa yang saya harapkan ia berhasil. Tidak seperti sebelum ini, alat yang diuji mengalami banyak masalah. Masalah utama adalah kebocoran air yang telah masuk ke dalam alat. Ia berpunca daripada tekanan kuat semasa alat dibawa menyelam. Pada masa itu juga saya dapat mengetahui dari mana kebocoran itu terjadi.

Selepas masalah itu diambil kira, saya pulang semula ke lab dan membuat pembaikan. Komponen yang jenis kalis air juga dipasang menggantikan komponen yang rosak dan tidak kalis air. Ada beberapa perkara dilakukan bagi mengelak kebocoran air berlaku.

Dengan membuat pengujian baru-baru ini, keputusan diperolehi. Alhamdulillah, alat masih boleh berfungsi dengan baik setelah beberapa kali membuat selaman dalam air dan membuat pengujian tahan lasak. Kedua-dua mode panjang dan pendek telah saya uji. Ianya berfungsi dengan baik.

Beberapa minggu selepas itu, Easy Pointer dibuka untuk jualan dan tempahan. Walaupun ianya tidak diiklankan secara meluas, namun sambutan masih lagi baik terutama kepada member terdekat yang mengenali.

Insyaallah, akan datang ini saya akan bukakan peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadikan Easy Pointer ini produk sendiri. Pada masa akan datang ini jugalah saya akan tumpukan kepada pengeluaran produk dan dan pengilangan secara sederhana dan besar.

Tawaran masih terbuka. Kepada sesiapa yang berminat untuk jadikan produk sendiri, anda boleh hubungi saya untuk sessi perbincangan dan tawaran istimewa.

Rabu, 26 September 2018

PiTS penerangan lanjut

Bismillah. Assalamualaikum. Salam ceria.

Sambungan dari penerangan sebelum ini mengenai PiTS. Saya ingin menyentuh mengenai bahagian pada PiTS yang telah ditukar kepada yang lebih baik. Antara bahagian terpenting adalah coil. Ini kerana bahagian terebut adalah bahagian utama sekali dalam sistem pengesan. Manakala seterusnya adalah litar elektronik sebagai jantung pemproses signal dari coil.


Apabila saya menyebut coil, harap semuanya faham apa yang saya katakan. Coil adalah bahagian paling bawah sekali dalam alat pengesan. ia perlu diletak berdekatan dengan permukaan tanah atau bahagian yang hendak dikesan. Coil menghasilkan gelombang elektromagnet. Saya perlu terangkan mengenai hal ini dan saya mempunyai kemahiran dalam bidang gelombang elektromagnet dan gelombang yang menghasilkan frekuensi tertentu.

Gelombang yang terhasil oleh coil boleh menembusi, melalui dan bergerak ke dalam beberapa sumber yang tidak berpengalir. Seperti tanah, batu, simen, kayu, plastik, daging, daun, air dan seumpamanya dapat dilalui oleh gelombang tanpa ada gangguan. Sekiranya dalam unsur-unsur tadi tidak mengandungi objek logam berpengalir, gelombang tidak terganggu atau disekat.


Sekiranya ada objek logam menghampiri pada coil, gelombang akan terganggu dan berlakunya pantulan dan herotan gelombang. Gangguan dan pantulan gelombang oleh objek logam inilah akan diproses pada kotak kawalan dan menghasilkan bunyi atau pergerakan meter. Ok, harap di situ rakan-rakan semua faham asasnya.

Pada coil PiTS ini apa yang saya upgrade adalah penghasilkan gelombang yang lebih besar dan kuat. Sehinggakan ada kalanya coil menghasilkan bunyi dengung (hump) akibat dari proses elektromagnetik. satu lagi yang perlu tahu, gelombang yang dihasilkan tidak membahayakan kepada pengguna. Ini kerana ianya bukan gelombang microwave, pcm dan gsm. Oleh itu tidak perlu risau. Namun begitu alat PiTS ini boleh mengganggu alatan pengesan lain yang berdekatan terutama kepada pengguna alat VLF.


Untuk versi terbaru ini saya mengambil keputusan untuk menggunakan coil bentuk empat segi kerana ianya lebih tahan lasak, lebih fleksibel dan boleh guna di dalam air tawar dan masin. Tidak seperti Pi model yang terdahulu, kali ini saya membuat perubahan kepada sistem pelarasan yang lebih mudah digunakan. Pada Beep Null saya tambahkan pelarasan Fine. 

Sambungan dari coil ke kotak kawalan melalui dalam batang supaya ianya nampak kemas dan tidak terganggu. Apa yang saya lakukan ini antara yang terbaik setakat ini.


Selasa, 25 September 2018

MD PiTS terbaru terhebat

Bismillah...   Assalamualaikum. Salam ceria.

PiTS merupakan alat pengesan logam sistem PI yang terbaru keluaran tahun 2018. Ianya dikeluarkan selepas alat pengesan jenis Colpitts. Kedua-dua jenis alat pengesan ini berbeza sistem kendaliannya. Manakala bentuk fizikal pada bahagian tertentu juga berbeza.

PiTS atau Pulse Induction Treasure Scanner merupakan alat pengesan yang telah dinaik taraf dan melalui banyak proses RnD bagi menghasilkan satu alat yang terbaik setakat ini Terdapat dua kondesi PiTS ini yang menggunakan dua jenis coil pengesan. Ia menggunakan salah satu dua coil jenis bundle winding atau flat tesla coil. Kedua-duanya mempunyai perbezaan dari segi bentuk dan juga prestasi kemampuan fungsi. Namun untuk menghasilkan flat tesla coil adalah lebih sukar dan rumit pembuatannya. Terbaik adalah jenis flat tesla kerana kecekapannya lebih baik dan stabil.

Untuk permulaan ini saya mengeluarkan PiTS jenis coil segi empat. Ianya sama keberkesanannya dengan coil yang berbentuk bulat atau lonjong. Semuanya telah melalui kerja pengujian untuk semua bentuk coil. Manakala saiz diameter dawai juga dinaikkan kepada 22awg yang mana saiz ini lebih kasar berbanding yang lama.

Ramai yang nak tahu apa perbezaan PiTS berbanding jenis-jenis Pi yang lama? Beza pada pencapaian fungsi alat. Pada mulanya dengan menukar dan menambah baik kualiti coil akan menghasilkan alat yang terbaik. Namun tidak terhenti di situ saja kerana pada papan litar juga perlu dibuat penambah baik bagi kesesuaian dan keselarian dengan coil baru yang diguna.

Secara teknikalnya pengguna tidak perlu tahu perubahan teknikal ini melainkan mereka mahukan kecekapan alat di tahap terbaik. Apa yang saya lakukan ini adalah antara yang terbaik. Setelah melalui pelbagai proses RnD akhirnya saya dapat rentak yang betul.

Coil bentuk segi empat adalah pilihan terbaik saya. Antara beberapa sebab pemilihan ini adalah antaranya ia mudah dimuatkan di dalam cover berbentuk segi empat tepat. Cover tersebut dibuat khas untuk boleh digunakan di dalam air. Sama ada air tawar mahu pun air masin, kedua-duanya sesuai dan disyorkan terbaik.

Ikuti penjelasan mengenai PiTS pada pos lain. Saya akan menjelaskan cara yang betul penggunaan PiTS ini. Sila tonton video PiTS di bawah ini.


p/s:  Tempahan awal PiTS pada harga promosi... hubungi saya segera untuk ketahui caranya.

Ahad, 12 Ogos 2018

Update Metal Detector Terkini

Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bersua kembali.

Seperti yang sedia maklum blog ini sudah lama ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu seperti memberi tumpuan kepada blog lain. Oleh itu blog DIYmd Malaysia ini ditinggalkan untuk tempoh tertentu dan kembali semula setelah ianya diperlukan.

Maklumat terkini saya telah menghasilkan beberapa metal detector terbaru dan telah pun dibuat penambah baikan. Seperti blog lain yang pernah saya uruskan, blog tersebut mengandungi pelbagai produk lain selain dari produk metal detector. 

Jadi saya bercadang untuk menjadikan produk metal detector diy ini mempunyai blog tersendiri. Ini bagi mengelak terjadinya kekeliruan kepada pembaca blog yang melihat pelbagai produk dan mungkin boleh mengganggu tumpuan.





Diharap dengan adanya blog ini ia lebih tertumpu kepada produk metal detector sahaja. Manakala produk metal detector ini pula merupakan produk DIY atau buatan sendiri yang mana saya sendiri menghasilkannya.

Terdapat banyak produk metela detector yang ada di pasaran sekarang. Hampir semuanya bagus-bagus dan berfungsi dengan baik. Jika dibandingkan dengan produk MD saya mungkin jauh bezanya dan mungkin juga setaraf potensinya. Apa pun saya cuba hasilkan mengikut ilmu yang Tuhan anugerahkan kepada saya.

Sehingga post ini ditulis, produk terbaru saya adalah metal detector Colpitts. Ianya seperti MD biasa sahaja cuma antara produk MD yang pernah saya hasilkan, jenis Colpitts menggunakan dua fungsi analog dan digital. Terdapat suis pilihan.

Sebelum keluarnya MD Colpitts ini, antara produk terlaris adalah MD PI, MD Pin Pointer Dan MD BFB. Namun begitu MD Pin Pointer antara produk nombor satu terlaris dijual dan diikuti MD Pi dan MD BFB.

Semua produk yang saya hasilkan telah melalui peringkat naik taraf. Produk MD Pin Pointer telah mengalami hampir sepuluh kali naik taraf secara berperingkat-peringkat sehinggakan terdapatnya beberapa versi dan nama.

Insyaallah dengan tumpuan kepada blog ini selepas ini, akan banyak maklumat akan saya masukkan sebagai panduan untuk anda baca serta pelajari.



Note: Jika anda tiba-tiba berminat untuk menempah MD Colpitts ini sila ke terus ke link SINI