Selasa, 26 Februari 2019

Metal Detector itu Pengesan Logam

Kini saya sudah tidak aktif dalam aktiviti ber-MD disebabkan kekangan masa dengan kesibukan masa bekerja. Buat masa ini saya lebih tertumpu kepada urusan projek solar. Insyaallah jika diberi kesempatan masa, saya dan grup lama akan turun beraksi.


Sebenarnya beberapa senarai tempat untuk saya turun sudah pun berada di dalam senarai. Cuma menunggu masa yang sesuai sahaja. Biasanya agenda saya dalam melakukan aktiviti MD ni adalah mencari item yang berharga, unik dan rare. Selain itu dimasukkan juga agenda lain seperti mengambil gambar-gambar permandangan dan mengambil video aktiviti.


Saya masih juga menggunakan alatan MD yang saya hasilkan sendiri. Walaupun pernah juga sekali-sekala menggunakan MD lain hanya sekadar suka-suka sahaja. Yang penting memenuhi aktiviti pada waktu tersebut. Tidak mengambil serius sangat dengan mengharapkan sesuatu yang tidak disangka-sangka.

Seperti waktu yang lalu, saya menggunakan aktiviti luaran seperti berkelah, jungle tracking, ikut kawan memburu dengan membawa MD. Ambil kesempatan untuk melakukan aktiviti MD sambil melakukan aktiviti lain.