Translate with your language


Rabu, 26 September 2018

PiTS penerangan lanjut

Bismillah. Assalamualaikum. Salam ceria.

Sambungan dari penerangan sebelum ini mengenai PiTS. Saya ingin menyentuh mengenai bahagian pada PiTS yang telah ditukar kepada yang lebih baik. Antara bahagian terpenting adalah coil. Ini kerana bahagian terebut adalah bahagian utama sekali dalam sistem pengesan. Manakala seterusnya adalah litar elektronik sebagai jantung pemproses signal dari coil.


Apabila saya menyebut coil, harap semuanya faham apa yang saya katakan. Coil adalah bahagian paling bawah sekali dalam alat pengesan. ia perlu diletak berdekatan dengan permukaan tanah atau bahagian yang hendak dikesan. Coil menghasilkan gelombang elektromagnet. Saya perlu terangkan mengenai hal ini dan saya mempunyai kemahiran dalam bidang gelombang elektromagnet dan gelombang yang menghasilkan frekuensi tertentu.

Gelombang yang terhasil oleh coil boleh menembusi, melalui dan bergerak ke dalam beberapa sumber yang tidak berpengalir. Seperti tanah, batu, simen, kayu, plastik, daging, daun, air dan seumpamanya dapat dilalui oleh gelombang tanpa ada gangguan. Sekiranya dalam unsur-unsur tadi tidak mengandungi objek logam berpengalir, gelombang tidak terganggu atau disekat.


Sekiranya ada objek logam menghampiri pada coil, gelombang akan terganggu dan berlakunya pantulan dan herotan gelombang. Gangguan dan pantulan gelombang oleh objek logam inilah akan diproses pada kotak kawalan dan menghasilkan bunyi atau pergerakan meter. Ok, harap di situ rakan-rakan semua faham asasnya.

Pada coil PiTS ini apa yang saya upgrade adalah penghasilkan gelombang yang lebih besar dan kuat. Sehinggakan ada kalanya coil menghasilkan bunyi dengung (hump) akibat dari proses elektromagnetik. satu lagi yang perlu tahu, gelombang yang dihasilkan tidak membahayakan kepada pengguna. Ini kerana ianya bukan gelombang microwave, pcm dan gsm. Oleh itu tidak perlu risau. Namun begitu alat PiTS ini boleh mengganggu alatan pengesan lain yang berdekatan terutama kepada pengguna alat VLF.


Untuk versi terbaru ini saya mengambil keputusan untuk menggunakan coil bentuk empat segi kerana ianya lebih tahan lasak, lebih fleksibel dan boleh guna di dalam air tawar dan masin. Tidak seperti Pi model yang terdahulu, kali ini saya membuat perubahan kepada sistem pelarasan yang lebih mudah digunakan. Pada Beep Null saya tambahkan pelarasan Fine. 

Sambungan dari coil ke kotak kawalan melalui dalam batang supaya ianya nampak kemas dan tidak terganggu. Apa yang saya lakukan ini antara yang terbaik setakat ini.


Selasa, 25 September 2018

MD PiTS terbaru terhebat

Bismillah...   Assalamualaikum. Salam ceria.

PiTS merupakan alat pengesan logam sistem PI yang terbaru keluaran tahun 2018. Ianya dikeluarkan selepas alat pengesan jenis Colpitts. Kedua-dua jenis alat pengesan ini berbeza sistem kendaliannya. Manakala bentuk fizikal pada bahagian tertentu juga berbeza.

PiTS atau Pulse Induction Treasure Scanner merupakan alat pengesan yang telah dinaik taraf dan melalui banyak proses RnD bagi menghasilkan satu alat yang terbaik setakat ini Terdapat dua kondesi PiTS ini yang menggunakan dua jenis coil pengesan. Ia menggunakan salah satu dua coil jenis bundle winding atau flat tesla coil. Kedua-duanya mempunyai perbezaan dari segi bentuk dan juga prestasi kemampuan fungsi. Namun untuk menghasilkan flat tesla coil adalah lebih sukar dan rumit pembuatannya. Terbaik adalah jenis flat tesla kerana kecekapannya lebih baik dan stabil.

Untuk permulaan ini saya mengeluarkan PiTS jenis coil segi empat. Ianya sama keberkesanannya dengan coil yang berbentuk bulat atau lonjong. Semuanya telah melalui kerja pengujian untuk semua bentuk coil. Manakala saiz diameter dawai juga dinaikkan kepada 22awg yang mana saiz ini lebih kasar berbanding yang lama.

Ramai yang nak tahu apa perbezaan PiTS berbanding jenis-jenis Pi yang lama? Beza pada pencapaian fungsi alat. Pada mulanya dengan menukar dan menambah baik kualiti coil akan menghasilkan alat yang terbaik. Namun tidak terhenti di situ saja kerana pada papan litar juga perlu dibuat penambah baik bagi kesesuaian dan keselarian dengan coil baru yang diguna.

Secara teknikalnya pengguna tidak perlu tahu perubahan teknikal ini melainkan mereka mahukan kecekapan alat di tahap terbaik. Apa yang saya lakukan ini adalah antara yang terbaik. Setelah melalui pelbagai proses RnD akhirnya saya dapat rentak yang betul.

Coil bentuk segi empat adalah pilihan terbaik saya. Antara beberapa sebab pemilihan ini adalah antaranya ia mudah dimuatkan di dalam cover berbentuk segi empat tepat. Cover tersebut dibuat khas untuk boleh digunakan di dalam air. Sama ada air tawar mahu pun air masin, kedua-duanya sesuai dan disyorkan terbaik.

Ikuti penjelasan mengenai PiTS pada pos lain. Saya akan menjelaskan cara yang betul penggunaan PiTS ini. Sila tonton video PiTS di bawah ini.


p/s:  Tempahan awal PiTS pada harga promosi... hubungi saya segera untuk ketahui caranya.

Catatan Yang Ditampilkan

Kisah Permulaan Saya Menghasilkan Alat Metal Detector

Hai, kawan-kawan! Hari ini saya nak bawa anda semua menelusuri satu perjalanan yang bermula dari impian kecil hingga menjadi kenyataan. Kisa...