Translate with your language


Metal Detector PiRP

Alat pengesan logam (metal detector) 
Pulse Induction RP




Alat pengesan logam PiPR merupakan alat pengesan yang menggunakan sistem Pulse Inductions. Ia merupakan model kedua yang telah dinaik taraf. Model baru ini lebih mudah digunakan terutama ketika mengawal pelaras sensitiviti. Menggunakan bateri 9 volt sahaja. Lebih kecil kotak kawalannya dan ringan. 



Cerita ringkas mengenai Alat Pengesan Logam PiRP

Alat pengesan logam jenis PI atau Pulse Inductions ini dihasilkan bermula dari tahun 2010. Semua model PI adalah sama walaupun berlainan model dan jenama. Setelah melalui pelbagai era dan tahun, PiRP ini telah mengalami banyak perubahan. Walaupun ianya mengekalkan konsep DIY namun fungsinya selari dengan model komersial.



PiRP adalah singkatan nama Pulse Inductions Russian Pirate. Diambil dari teknologi Russia namun telah pun dibuat ubahsuai bagi menyesuaikan dengan keadaan di Malaysia ini. Buat masa ini hanya satu model versi sahaja dihasilkan.

Model Pi ini telah melalui banyak pengalaman pahit dan manis. Sehingga kini PiRP telah mengatasi segala kelemahan versi lama. Ia berhasil sehingga kejayaan demi kejayaan diperolehi terutama melalui hasil pencarian.

 

Sejak adanya PiRP ini beberapa kumpulan pencarian telah banyak ditubuhkan. Ada yang ditubuhkan secara rasmi dan ada yang under ground. Tidak kurang juga ramai yang bergerak solo.


Pengalaman menggunakan Pi ini banyak kepada pencarian di pantai-pantai. Kebiasaannya untuk yang baru berjinak dengan hobi baru ini, lokasi di pantai adalah pilihan utama. Ini kerana lokasinya yang mudah untuk sampai dan kerja penggalian juga mudah kerana berpasir.



Selain itu tempat-tempat hot spot juga menjadi target rahsia mereka. Antara lokasi yang menjadi pilihan pencarian adalah di pantai-pantai, kawasan air terjun atau sungai dan kawasan bersejarah.

Bagi mereka yang berkeluarga, aktiviti ini boleh dilakukan secara berkeluarga. Ianya sebagai aktiviti riadah selain dari sebagai aktitviti hobi berkumpulan.



Spec:

Menggunakan sistem PI
Mode1: Normal dan Mode2: Power Up
Mengesan semua jenis logam
Pelarasan sensitiviti
Kuasa bateri 9 volt/ 12 volt

Keupayaan pengesanan yang telah diuji. Setting paling sensitif dan menggunakan headphone:
Coin 20sen 15cm
Coin 10sen 10cm
Skru Driver  15cm
Tin Aluminium 25cm
Cincin emas 11cm
Cincin perak 15cm
Rantai tangan 6cm 
Objek besar/lebar  3 kaki++





Alat pengesan logam PiRP ini boleh digunakan dipantai basah atau kering, kawasan berumput, kawasan berbatu dan semua kawasan.

Cara guna:



 










Mula sekali pasang bateri baru. Buka penutup tempat bateri seperti gambar di atas. Masukkan bateri baru dengan sambungan kepala bateri ke soket. Kemudian tutup dengan kemas.














On suis pada kotak kawalan dengan memusing tombol suis ke kanan.
Tunggu beberapa saat (5 saat) untuk alat melakukan calibration. Speaker akan berbunyi seketika dan kemudian akan senyap. Jika masih berbunyi juga, laras tombol sehingga bunyi hilang.














Pusingan pertama suis akan menghidupkan mode 1. Pusing yang kedua akan menghidupkan mode 2. Petunjuk pilihan mode ditunjukkan melalui nyalaan warna LED. Merah untuk mode1 dan hijau untuk mode2. 

Selepas itu buat pelarasan tombol sensitiviti (untuk kali pertama guna). Laras pada kedudukan antara bunyi tone dan senyap. Kedua-dua mode perlu pelarasan sensitiviti.
Alat sudah boleh digunakan.

Speaker akan berbunyi apabila piring pengesan didekatkan ke objek logam.
Pastikan pelarasan maksimum antara kedengaran tone dengan tone senyap.
Sila guna headphone atau earphone untuk mendengar tone dengan jelas pada tone yang halus.

Boleh guna sebarang jenama bateri 9 volt. Bateri yang berjenama memberikan hasil pengesanan yang  baik.


Alat boleh dilaras panjang atau pendek. Laras pendek untuk mudah menyimpan.





Jaminan selama setahun jika berlaku kerosakan, tidak berfungsi dan khidmat nasihat.
Headphone tidak disediakan. Boleh guna semua jenis headphone.



Catatan Yang Ditampilkan

Kisah Permulaan Saya Menghasilkan Alat Metal Detector

Hai, kawan-kawan! Hari ini saya nak bawa anda semua menelusuri satu perjalanan yang bermula dari impian kecil hingga menjadi kenyataan. Kisa...