Translate with your language


MD LC

Alat Pengesan Logam LC
Metal Detector LC



























Alat pengesan Logam LC ini merupakan keluaran terbaru yang menggunakan sistem digital dan analog secara serentak. Terdapat paparan LCD bagi memaparkan nilai dalam bentuk nombor hasil pengesanan.

Kelebihan sistem ini tidak memerlukan pelarasan. Cukup sekadar menghidupkan suis sahaja. Sistem akan mengendalikan secara automatik tanpa perlu kepada pelarasan manual. Namun keupayaan MD LC ini bergantung kepada kelajuan prosessor 16Mhz sahaja.

Antara kelebihan berbanding model lain adalah pada paparan menunjukkan dua perbezaan unsur logam. Ia dapat membezakan unsur logam besi dengan logam bukan besi. Perbezaan itu juga dapat ditunjuk melalui perbezaan dua bunyi.


MD LC ini menggunakan bateri 9 volt pakai buang. Ketahanan bateri bergantung kepada kekerapan penggunaan, jenis bateri dan juga jenama bateri yang digunakan. Secara rumusnya penggunaan bateri dalam seharian penggunaan. Namun persediaan bateri backup perlu ada terutama ketika berada di luar kawasan yang jauh dari sumber untuk dapatkan bateri baru.


Kesesuaian penggunaan alat pengesan ini untuk level beginner yang ingin bermula berjinak untuk memulakan aktiviti mencari item logam. 

Warranty selama setahun untuk alat ini jika berlaku masalah atau tidak berfungsi. Pastikan bateri berada dalam keadaan baik dan baru sebelum digunakan.




Catatan Yang Ditampilkan

Kisah Permulaan Saya Menghasilkan Alat Metal Detector

Hai, kawan-kawan! Hari ini saya nak bawa anda semua menelusuri satu perjalanan yang bermula dari impian kecil hingga menjadi kenyataan. Kisa...