Bismillah. Assalamualaikum. Salam ceria.
Sambungan dari penerangan sebelum ini mengenai PiTS. Saya ingin menyentuh mengenai bahagian pada PiTS yang telah ditukar kepada yang lebih baik. Antara bahagian terpenting adalah coil. Ini kerana bahagian terebut adalah bahagian utama sekali dalam sistem pengesan. Manakala seterusnya adalah litar elektronik sebagai jantung pemproses signal dari coil.
Apabila saya menyebut coil, harap semuanya faham apa yang saya katakan. Coil adalah bahagian paling bawah sekali dalam alat pengesan. ia perlu diletak berdekatan dengan permukaan tanah atau bahagian yang hendak dikesan. Coil menghasilkan gelombang elektromagnet. Saya perlu terangkan mengenai hal ini dan saya mempunyai kemahiran dalam bidang gelombang elektromagnet dan gelombang yang menghasilkan frekuensi tertentu.
Gelombang yang terhasil oleh coil boleh menembusi, melalui dan bergerak ke dalam beberapa sumber yang tidak berpengalir. Seperti tanah, batu, simen, kayu, plastik, daging, daun, air dan seumpamanya dapat dilalui oleh gelombang tanpa ada gangguan. Sekiranya dalam unsur-unsur tadi tidak mengandungi objek logam berpengalir, gelombang tidak terganggu atau disekat.
Sekiranya ada objek logam menghampiri pada coil, gelombang akan terganggu dan berlakunya pantulan dan herotan gelombang. Gangguan dan pantulan gelombang oleh objek logam inilah akan diproses pada kotak kawalan dan menghasilkan bunyi atau pergerakan meter. Ok, harap di situ rakan-rakan semua faham asasnya.
Pada coil PiTS ini apa yang saya upgrade adalah penghasilkan gelombang yang lebih besar dan kuat. Sehinggakan ada kalanya coil menghasilkan bunyi dengung (hump) akibat dari proses elektromagnetik. satu lagi yang perlu tahu, gelombang yang dihasilkan tidak membahayakan kepada pengguna. Ini kerana ianya bukan gelombang microwave, pcm dan gsm. Oleh itu tidak perlu risau. Namun begitu alat PiTS ini boleh mengganggu alatan pengesan lain yang berdekatan terutama kepada pengguna alat VLF.
Untuk versi terbaru ini saya mengambil keputusan untuk menggunakan coil bentuk empat segi kerana ianya lebih tahan lasak, lebih fleksibel dan boleh guna di dalam air tawar dan masin. Tidak seperti Pi model yang terdahulu, kali ini saya membuat perubahan kepada sistem pelarasan yang lebih mudah digunakan. Pada Beep Null saya tambahkan pelarasan Fine.
Sambungan dari coil ke kotak kawalan melalui dalam batang supaya ianya nampak kemas dan tidak terganggu. Apa yang saya lakukan ini antara yang terbaik setakat ini.
Blog untuk alat pengesan logam DIY. Mengandungi maklumat, penerangan, tips menganai alatan pengesan DIY. Sila masuk menu di bawah untuk laman produk.
Rabu, 26 September 2018
Selasa, 25 September 2018
MD PiTS terbaru terhebat
Bismillah... Assalamualaikum. Salam ceria.
PiTS merupakan alat pengesan logam sistem PI yang terbaru keluaran tahun 2018. Ianya dikeluarkan selepas alat pengesan jenis Colpitts. Kedua-dua jenis alat pengesan ini berbeza sistem kendaliannya. Manakala bentuk fizikal pada bahagian tertentu juga berbeza.
PiTS atau Pulse Induction Treasure Scanner merupakan alat pengesan yang telah dinaik taraf dan melalui banyak proses RnD bagi menghasilkan satu alat yang terbaik setakat ini Terdapat dua kondesi PiTS ini yang menggunakan dua jenis coil pengesan. Ia menggunakan salah satu dua coil jenis bundle winding atau flat tesla coil. Kedua-duanya mempunyai perbezaan dari segi bentuk dan juga prestasi kemampuan fungsi. Namun untuk menghasilkan flat tesla coil adalah lebih sukar dan rumit pembuatannya. Terbaik adalah jenis flat tesla kerana kecekapannya lebih baik dan stabil.
Untuk permulaan ini saya mengeluarkan PiTS jenis coil segi empat. Ianya sama keberkesanannya dengan coil yang berbentuk bulat atau lonjong. Semuanya telah melalui kerja pengujian untuk semua bentuk coil. Manakala saiz diameter dawai juga dinaikkan kepada 22awg yang mana saiz ini lebih kasar berbanding yang lama.
Ramai yang nak tahu apa perbezaan PiTS berbanding jenis-jenis Pi yang lama? Beza pada pencapaian fungsi alat. Pada mulanya dengan menukar dan menambah baik kualiti coil akan menghasilkan alat yang terbaik. Namun tidak terhenti di situ saja kerana pada papan litar juga perlu dibuat penambah baik bagi kesesuaian dan keselarian dengan coil baru yang diguna.
Secara teknikalnya pengguna tidak perlu tahu perubahan teknikal ini melainkan mereka mahukan kecekapan alat di tahap terbaik. Apa yang saya lakukan ini adalah antara yang terbaik. Setelah melalui pelbagai proses RnD akhirnya saya dapat rentak yang betul.
Coil bentuk segi empat adalah pilihan terbaik saya. Antara beberapa sebab pemilihan ini adalah antaranya ia mudah dimuatkan di dalam cover berbentuk segi empat tepat. Cover tersebut dibuat khas untuk boleh digunakan di dalam air. Sama ada air tawar mahu pun air masin, kedua-duanya sesuai dan disyorkan terbaik.
Ikuti penjelasan mengenai PiTS pada pos lain. Saya akan menjelaskan cara yang betul penggunaan PiTS ini. Sila tonton video PiTS di bawah ini.
p/s: Tempahan awal PiTS pada harga promosi... hubungi saya segera untuk ketahui caranya.
PiTS merupakan alat pengesan logam sistem PI yang terbaru keluaran tahun 2018. Ianya dikeluarkan selepas alat pengesan jenis Colpitts. Kedua-dua jenis alat pengesan ini berbeza sistem kendaliannya. Manakala bentuk fizikal pada bahagian tertentu juga berbeza.
PiTS atau Pulse Induction Treasure Scanner merupakan alat pengesan yang telah dinaik taraf dan melalui banyak proses RnD bagi menghasilkan satu alat yang terbaik setakat ini Terdapat dua kondesi PiTS ini yang menggunakan dua jenis coil pengesan. Ia menggunakan salah satu dua coil jenis bundle winding atau flat tesla coil. Kedua-duanya mempunyai perbezaan dari segi bentuk dan juga prestasi kemampuan fungsi. Namun untuk menghasilkan flat tesla coil adalah lebih sukar dan rumit pembuatannya. Terbaik adalah jenis flat tesla kerana kecekapannya lebih baik dan stabil.
Untuk permulaan ini saya mengeluarkan PiTS jenis coil segi empat. Ianya sama keberkesanannya dengan coil yang berbentuk bulat atau lonjong. Semuanya telah melalui kerja pengujian untuk semua bentuk coil. Manakala saiz diameter dawai juga dinaikkan kepada 22awg yang mana saiz ini lebih kasar berbanding yang lama.Ramai yang nak tahu apa perbezaan PiTS berbanding jenis-jenis Pi yang lama? Beza pada pencapaian fungsi alat. Pada mulanya dengan menukar dan menambah baik kualiti coil akan menghasilkan alat yang terbaik. Namun tidak terhenti di situ saja kerana pada papan litar juga perlu dibuat penambah baik bagi kesesuaian dan keselarian dengan coil baru yang diguna.
Secara teknikalnya pengguna tidak perlu tahu perubahan teknikal ini melainkan mereka mahukan kecekapan alat di tahap terbaik. Apa yang saya lakukan ini adalah antara yang terbaik. Setelah melalui pelbagai proses RnD akhirnya saya dapat rentak yang betul.
Coil bentuk segi empat adalah pilihan terbaik saya. Antara beberapa sebab pemilihan ini adalah antaranya ia mudah dimuatkan di dalam cover berbentuk segi empat tepat. Cover tersebut dibuat khas untuk boleh digunakan di dalam air. Sama ada air tawar mahu pun air masin, kedua-duanya sesuai dan disyorkan terbaik.
Ikuti penjelasan mengenai PiTS pada pos lain. Saya akan menjelaskan cara yang betul penggunaan PiTS ini. Sila tonton video PiTS di bawah ini.
p/s: Tempahan awal PiTS pada harga promosi... hubungi saya segera untuk ketahui caranya.
Ahad, 12 Ogos 2018
Update Metal Detector Terkini
Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bersua kembali.
Seperti yang sedia maklum blog ini sudah lama ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu seperti memberi tumpuan kepada blog lain. Oleh itu blog DIYmd Malaysia ini ditinggalkan untuk tempoh tertentu dan kembali semula setelah ianya diperlukan.
Maklumat terkini saya telah menghasilkan beberapa metal detector terbaru dan telah pun dibuat penambah baikan. Seperti blog lain yang pernah saya uruskan, blog tersebut mengandungi pelbagai produk lain selain dari produk metal detector.
Jadi saya bercadang untuk menjadikan produk metal detector diy ini mempunyai blog tersendiri. Ini bagi mengelak terjadinya kekeliruan kepada pembaca blog yang melihat pelbagai produk dan mungkin boleh mengganggu tumpuan.
Note: Jika anda tiba-tiba berminat untuk menempah MD Colpitts ini sila ke terus ke link SINI

Diharap dengan adanya blog ini ia lebih tertumpu kepada produk metal detector sahaja. Manakala produk metal detector ini pula merupakan produk DIY atau buatan sendiri yang mana saya sendiri menghasilkannya.
Terdapat banyak produk metela detector yang ada di pasaran sekarang. Hampir semuanya bagus-bagus dan berfungsi dengan baik. Jika dibandingkan dengan produk MD saya mungkin jauh bezanya dan mungkin juga setaraf potensinya. Apa pun saya cuba hasilkan mengikut ilmu yang Tuhan anugerahkan kepada saya.
Sehingga post ini ditulis, produk terbaru saya adalah metal detector Colpitts. Ianya seperti MD biasa sahaja cuma antara produk MD yang pernah saya hasilkan, jenis Colpitts menggunakan dua fungsi analog dan digital. Terdapat suis pilihan.
Sebelum keluarnya MD Colpitts ini, antara produk terlaris adalah MD PI, MD Pin Pointer Dan MD BFB. Namun begitu MD Pin Pointer antara produk nombor satu terlaris dijual dan diikuti MD Pi dan MD BFB.
Semua produk yang saya hasilkan telah melalui peringkat naik taraf. Produk MD Pin Pointer telah mengalami hampir sepuluh kali naik taraf secara berperingkat-peringkat sehinggakan terdapatnya beberapa versi dan nama.
Insyaallah dengan tumpuan kepada blog ini selepas ini, akan banyak maklumat akan saya masukkan sebagai panduan untuk anda baca serta pelajari.

Sabtu, 25 Januari 2014
Update dan upgrade blog dan produk
Insyaallah pada masa akan datang dan selepas ini blog ini akan bermula update serta produk akan di upgrade dari masa ke semasa.

Terima kasih

Terima kasih
posted from Bloggeroid
Rabu, 10 November 2010
Selamat Datang - Welcome
Assalamualaikum. Salam mesra kepada para pengunjung baru. Ini adalah blog susulan dari blog yang menghasilkan produk pengesan logam.
Kepada peminat alat pengesan logam dan berhasrat untuk menceburi hobi baru ini, blog ini adalah sesuai sebagai tempat persinggahan. Blog ini akan mengutamakan dan menekankan mengenai alat pengesan logam yang dihasilkan oleh Produk Kreatif dan merupakan produk buatan tempatan.
Kepada anda yang pernah memiliki alat pengesan logam yang dibeli dari produk kreatif, anda digalakkan mengunjungi blog ini sebagai panduan pengguna dan juga sebagai tempat bertukar-tukar pendapat.
Anda juga boleh memiliki alat pengesan logam yang dijual dari blog ini dengan harga tawaran yang menarik. Selamat melayari blog ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum. Best regards to our new visitors. This is the blog of blogs that follow-up metal detector products.
To the fans of metal detectors and intends to pursue a new hobby, this blog is suitable as a stopover. This blog will give priority and emphasis on metal detector products produced by Creative and is a locally-made products.
For those of you who never had metal detectors purchased from the creative product, you are encouraged to visit this blog as a guide and also as a place to exchange ideas.
You can also have metal detectors for sale from this blog with an attractive price.Happy surfing this blog.

Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Yang Ditampilkan
Kisah Permulaan Saya Menghasilkan Alat Metal Detector
Hai, kawan-kawan! Hari ini saya nak bawa anda semua menelusuri satu perjalanan yang bermula dari impian kecil hingga menjadi kenyataan. Kisa...