Translate with your language


Rabu, 10 Julai 2024

Hentikan Pembuatan

Bersua kembali kita setelah sekian lama saya tidak update posting di blog ini. Kekangan masa dan juga kesibukan melakukan aktiviti lain puncanya saya tidak dapat update apa-apa cerita.Tambahan pula tiada apa-apa cerita menarik yang ingin saya sampaikan.

Masa telah lama berlalu. Peredaran masa banyak memberi kesan kepada perubahan teknologi dan juga cara hidup seharian. Tidak terkecuali juga pada apa yang saya pernah lakukan dahulu dan kini semuanya memberi perubahan yang besar sekali.

Buat pengetahuan semua, saya sudah ambil keputusan untuk berhenti dari menghasilkan alat pengesan logam. Banyak sebabnya dan sebab utama adalah saingan yang sangat banyak sekali. Bukan persaingan ada orang yang hasilkan alat yang sama tetapi produk komersial dijual berleluasa. Harga juga jauh lebih murah berbanding harga yang saya jual. Manakala fungsi dan kendalian alat juga sangat baik.

Oleh sebab itu saya berhenti dari menghasilkan alat pengesan logam sendiri. Buat masa ini saya masih lagi menjual alat pengesan logam tetapi bukan dari produk sendiri. Alat pengesan logam yang saya jual adalah dari produk komersial yang dijual oleh syarikat berdaftar.

Apa yang pernah saya buat dahulu memang kena pada caranya tetapi tidak sesuai untuk waktu ini. Keadaan telah banyak berubah. Dengan kehadiran platform seperti Shopee, Lazada dan TikTok menjadikan saingan yang terlalu banyak sekali. Jika saya masih menjual produk lama dan kekalkan cara lama, pastinya ianya tidak sekalu seperti dulu lagi.

Saya perlu ikut peredaran dan perubahan ini dengan mengikuti tren yang sama juga. Untuk itu saya ada buka akaun media sosial berkaitan dengan alat pengesan logam di Instagram, FB Page dan TikTok.

Terima kasih semua yang pernah membeli produk buatan saya dulu. Terima kasih juga kerana memberi sokongan dari pelbagai sudut. Teruskan menyokong saya pada masa akan datang ini.

Terima kasih.

Catatan Yang Ditampilkan

Kisah Permulaan Saya Menghasilkan Alat Metal Detector

Hai, kawan-kawan! Hari ini saya nak bawa anda semua menelusuri satu perjalanan yang bermula dari impian kecil hingga menjadi kenyataan. Kisa...