Translate with your language


Khamis, 15 Ogos 2019

Review MD PiRP

Salah satu md yang dihasilkan menggantikan md Pi yang lama. PiRP telah diuji fungsinya dan dibuat perbandingan antara md pi yang lama.

PiRP lebih mudah dikendalikan. Senang dalam membuat pelarasan pada sensitiviti. MD pi sebelum ini juga menggunakan satu tombol untuk laras sensitiviti atau beep null. Iaitu melaras pada kadar denyutan beeper.


Pi lama menggunakan komponen yang sangat rumit dan perlu menggunakan komponen yang sama kualiti seperti apa yang diperlukan. Manakala PiRP tidak begitu dan tidak mengganggu kesan pada sistem jika komponen digunakan pada mana-mana pengilang dan pengeluar.

MD PiRP pada asalnya menggunakan versi satu tone. Tone yang terhasil menunjukkan logam yang dikesan. Namun begitu design asal menunjukkan signal yang terhasil nampak lemah. Oleh itu bunyi pada speaker tidak dengar dengan jelas kecuali menggunakan headphone. Penggunaan headphone sangat digalakkan kerana tone yang lemah boleh didengar.

Versi terbaru saya buatkan suis sellector untuk dua mode. Mode pertama adalah sistem asal. Mode kedua adalah sistem yang dinaik taraf pada amplifier speaker. Pada mode kedua LED menjadi hijau. Mode kedua menguatkan isyarat yang terhasil.


Kenapa perlu dua mode pilihan sedangkan boleh saja guna mode kedua terus dan tak perlu suis sellector? Kedua-dua mode ada perbezaan dari sudut tone yang terhasil. Terutama kepada yang menggunakan headphone. Pada mode pertama speaker akan senyap ketika keadaan normal tetapi pada mode kedua terdapat tone lemah yang berterusan pada speaker atau headphone. Tone kecil ini tidak boleh dilenyapkan seperti mode pertama. Apabila logam dikesan, tone kuat akan terhasil.

Penggunaan headphone sangat digalakkan kerana tone yang lemah boleh didengari. Pada suasana yang senyap, tone yang lemah boleh didengari pada speaker dalam. Tetapi pada keadaan yang bising seperti di tepi pantai pasti terganggu dengan bunyi ombak. Oleh itu headphone perlu digunakan.


PiRP menggunakan kuasa bateri 9 volt. Saya cadangkan mengunakan bateri yang mahal sikit kerana untuk ketahanan penggunaan. Bateri 9 volt yang murah juga boleh digunakan tetapi mungkin tidak tahan lama.

Jika dilihat para mengguna komen bateri tidak tahan lama, saya akan cuba atasinya dengan menggunakan dua bateri 9 volt. Jika tiada masalah, saya akan meneruskan sistem yang sedia ada ini.

Sila klik sini untuk pembelian MD PiRP

Catatan Yang Ditampilkan

Kisah Permulaan Saya Menghasilkan Alat Metal Detector

Hai, kawan-kawan! Hari ini saya nak bawa anda semua menelusuri satu perjalanan yang bermula dari impian kecil hingga menjadi kenyataan. Kisa...