Pada kali ini md baru disenaraikan antara yang terbaik. Terbaik di sini bukan saya sendiri akui tetapi daripada beberapa pengguna baru yang telah mencubanya. Walaupun harga yang murah tetapi kecekapannya memuaskan berbanding md sebelumnya.
Sistem terbaru digunakan menukar sistem md yang lama. Saya masih mengekalkan sistem Pi di dalam pengeluaran md. Namun disusuli dengan md jenis vlf yang telah dibuat sistem baru walaupun md vlf tidak pernah dijual asalnya.
Kali ini saya ingin menyentuh mengenai md Pi Russian Pirate. Kenapa namanya begitu? Ini kerana teknologi sistem Pi ini diambil dari teknologi Russia yang telah diuji keberkesanannya. Tidak seperti md sebelum ini yang sudah berusia 8 tahun di pasaran yang berasal dari Canada. Namun md lama ini perlu diturun dari senarai atas sebab md baru ini menunjukkan prestasi yang lebih jauh baiknya.
Bagi saya menggunakan md PiRP ini sangat puas berbanding md sebelum ini. Kawalan denyutan frekuensi juga sangat stabil. Manakala pelarasannya juga tidak merumitkan apabila dilaras. Menggunakan single coil dan mempunyai pelbagai variasi coil yang boleh digandingkan.
Di dalam video saya ada tunjukkan ujian mengesan beberapan item logam. Boleh kedengaran bunyi yang terhasil apabila logam dilalukan. Ianya boleh mengesan dengan pergerakan hayunan yang laju. Jadi, tidak melambatkan masa menggunakan md ini berbanding md sebelumnya yang perlu memperlahankan hayunan pergerakan.
Pada dalam video saya sengaja mendekatkan item yang dikesan supaya bunyi jelas didengari. Namun jika kita menggunakan sambungan headphone, jarak pengesanan adalah lebih jauh lagi walaupun bunyinya halus.
Untuk permulaan ini, saya mengeluarkan versi basic sahaja. Ini kerana ada beberapa versi yang akan saya ubah suai untuk menjadinya lebih mesra pengguna. Harganya pula lebih murah.
Untuk pembelian dan tempahan boleh masuk SINI