Assalamualaikum. Salam ceria.
Jika pernah guna MD Pi pasti yang tahu akan spec MD ni. Fungsinya mengesan logam. Logam yang dikesan adalah semua jenis logam dan tiada fungsi Discrimination atau fungsi pengasingan. MD Pi menggunakan sistem pulse induction (pi). Yang mana fungsi ini mengesan semua kehadiran logam.
Pada sebelum ini alat pengesan logam menggunakan sistem teknologi yang di ambil dari Kanada. Sebelum ini juga sistem alat pengesan ini sangat berfungsi dengan begitu baik sekali. Ia mengesan logam dengan baik sekali dan adakalanya logam yang kecil juga mampu dikesan. Sistem lama ini boleh berubah-rubah kepada tiga mode system. Antaranya adalah sistem single coil, TX RX coil dan Double D coil atau cancellation coil.
Namun itu adalah kebaikan pada eranya. Tidak seperti sekarang ini. Sekarang ini sistem Pi tersebut sudah tidak berfungsi dengan baik sekali. Malah ada banyak kali berlaku masalah ketika alat digunakan. Punca masalah yang berlaku adalah mutu komponen yang digunakan yang tidak sebaik sebelum ini. Kebanyakan komponen yang digunakan sekarang ini tidak berkualiti dan menyebabkan alat pengesan sering berlaku masalah ketika digunakan.
Oleh itu sistem Pi baru dibina semula. Pada kali ini ianya lebih mudah dikendalikan dan mesra pengguna. Ya memang benar ianya mudah digunakan dengan adanya beberapa komen penilaian dari orang lain yang telah menukarnya dengan sistem Pi baru ini.
Sistem yang dibina hampir menyamai dengan alat pengesan komersial di pasaran. Tak perlu dinyatakan brand alat pengesan apa tetapi sudah cukup membuktikan ianya sangat berkesan berbanding dengan sistem lama.
Seperti yang sedia maklum sistem Pi tidak dapat membezakan jenis-jenis logam seperti sistem VLF dan BFO. Kita hanya perlu banyak masa untuk menggali item yang dikesan tanpa mengetahui jenis logam yang dikesan. Apa pun sistem Pi ini sangat sesuai untuk kegunaan pantai. Sesetengah alat pengesan terganggu dengan air laut kerana kandungan mineral tinggi di dalam air laut. Sistem Pi hanyak mengesan logam sahaja dan tidak pada kandungan mineral.
Untuk pengguna baru saya sarankan anda sesuai untuk menggunakan sistem Pi baru ini. Antara sebab terbaik adalah ianya mudah digunakan tanpa perlu pelarasan yang rumit. Sistem Pi baru ini hanya menggunakan satu pelarasan sahaja iaitu pelarasan sensitiviti. Tidak perlu untuk grounding setting dan sebagainya.
Dapatkan sekarang MD ini DI SINI