Translate with your language


Ahad, 27 Oktober 2024

Kisah Permulaan Saya Menghasilkan Alat Metal Detector

Hai, kawan-kawan! Hari ini saya nak bawa anda semua menelusuri satu perjalanan yang bermula dari impian kecil hingga menjadi kenyataan. Kisah ini bermula pada tahun 2006, ketika saya mendapat satu tempahan dari seorang pelanggan di Ampang, Selangor. Pelanggan ini ingin mendapatkan alat metal detector, dan dari situ, saya mula menjelajah dunia DIY yang penuh cabaran dan keseronokan.

Menjadi Jurutera DIY

Saya masih ingat hari pertama saya memulakan projek ini. Dengan penuh semangat, saya mula mengumpulkan semua bahan yang diperlukan. Namun, seperti mana-mana percubaan pertama, hasilnya tidaklah sempurna. Saya mengambil masa hampir setahun untuk menghasilkan satu prototaip yang benar-benar berfungsi. Dalam perjalanan itu, saya berdepan dengan pelbagai masalah, daripada komponen yang tidak berfungsi dengan baik hingga kepada sambungan yang terputus.

Setiap kali saya mencuba, saya pasti akan menemui kekurangan dan belajar daripadanya. Banyak kali saya perlu melakukan pembaikan dan penambahbaikan. Kadang-kadang, saya rasa ingin putus asa, tetapi semangat untuk melihat alat ini berfungsi terus mendorong saya. Akhirnya, selepas berbulan-bulan mencuba, saya berjaya menyiapkan produk pertama saya! Alat itu berfungsi dengan baik, dan perasaan itu benar-benar tak dapat digambarkan.

Melangkah ke Pasaran

Pada tahun 2008, saya memutuskan untuk mula menjual alat metal detector ini. Siapa sangka, permintaan untuk produk ini meningkat dengan cepat! Banyak orang yang berminat untuk mendapatkan alat ini, dan saya terkejut melihat betapa besarnya sambutan yang diterima, bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara. Saya rasa seperti seorang jutawan, walaupun pada hakikatnya, saya baru sahaja mula!

Dari situ, saya mula mencipta pelbagai versi alat metal detector. Setiap versi mempunyai ciri-ciri uniknya sendiri, direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza. Saya sangat berbangga dapat menawarkan pilihan yang pelbagai kepada pelanggan.

Cabaran Baru Selepas 2016

Namun, perjalanan ini tidak selalu mulus. Selepas tahun 2016, saya perhatikan bahawa permintaan terhadap alat metal detector saya semakin merosot. Mungkin kerana semakin ramai yang berpindah ke platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada untuk mendapatkan produk yang sama. Persaingan semakin ketat, dan itu memberi kesan kepada penjualan saya.

Walaupun begitu, saya tidak pernah berhenti berusaha. Saya terus mencari cara untuk menarik semula minat pelanggan dan mengembangkan produk saya. Saya melakukan kajian tentang keperluan pasaran dan melihat peluang baru untuk inovasi. Saya sedar, dunia DIY ini tidak pernah statik; ia sentiasa berubah dan berkembang.

Menghadapi Masa Depan

Kini, saya sedang merancang langkah seterusnya. Saya ingin memperkenalkan model baru yang lebih canggih dan menarik, yang bukan sahaja memenuhi keperluan pengguna, tetapi juga membawa pengalaman baru dalam pencarian barang berharga. Saya percaya setiap cabaran adalah peluang untuk belajar dan berkembang.

Kisah saya mungkin bermula dari tempahan kecil, tetapi dengan usaha dan semangat yang tinggi, saya telah melalui pelbagai fasa dalam perjalanan ini. Dan saya berharap, anda semua akan terus menyokong DIY MD Malaysia. Mari kita sama-sama menjelajah dunia DIY yang penuh dengan penemuan dan keseronokan! Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca kisah saya!

Sabtu, 26 Oktober 2024

Pengumuman Penting: Produk Baru DIY MD Malaysia

Hai, semua! Kami di DIY MD Malaysia ada berita penting yang kami tak sabar nak kongsikan dengan anda. Kami sedang dalam proses untuk mencipta produk baru yang pastinya akan membuat anda teruja! Dan yang paling menarik, produk baru ini adalah berkaitan dengan metal detector!

Apa yang Anda Boleh Harapkan?

Kita semua tahu betapa seronoknya mencari barang-barang lama yang mungkin tersimpan di dalam tanah, kan? Jadi, kami berhasrat untuk menghasilkan beberapa alat DIY yang berkaitan dengan metal detector. Antara produk yang kami rancang adalah:

  • Metal Detector DIY: Anda akan dapat membina alat pengesan logam anda sendiri! Kami akan bagi panduan lengkap, jadi tidak perlu risau jika anda baru dalam dunia DIY.
  • Alat Tambahan untuk Metal Detector: Ini termasuk aksesori yang dapat membantu meningkatkan prestasi pencarian anda, supaya anda dapat mencari dengan lebih efisien.

Apa yang Perlu Anda Tahu?

Sebelum anda semua terlalu teruja, kami nak maklumkan bahawa produk-produk ini mungkin tidak akan keluar tahun ini. Kami jangkakan pelancaran akan berlaku pada tahun hadapan. Kenapa? Sebab kami sedang berusaha untuk mencari modal bagi pengeluaran produk ini. Kami nak pastikan setiap alat yang kami hasilkan berkualiti dan memenuhi kehendak anda semua.

Produk Lama Tidak Lagi Akan Dihasilkan

Satu lagi perkara penting, produk lama yang sedia ada tidak akan dihasilkan lagi. Kami ingin memberi tumpuan kepada produk baru ini dan memberikan yang terbaik kepada anda semua.

Terima Kasih atas Kesabaran Anda!

Kami tahu anda semua tak sabar untuk dapatkan produk baru ini, dan kami sangat menghargai kesabaran anda. Sementara kami sibuk menyiapkan semua ini, jangan lupa untuk terus mengikuti blog dan media sosial kami untuk info terkini.

Terima kasih kerana sentiasa menyokong DIY MD Malaysia. Kita sama-sama akan menjadikan pengalaman DIY lebih menarik dan penuh dengan penemuan! Stay tuned, ya!

Rabu, 10 Julai 2024

Hentikan Pembuatan

Bersua kembali kita setelah sekian lama saya tidak update posting di blog ini. Kekangan masa dan juga kesibukan melakukan aktiviti lain puncanya saya tidak dapat update apa-apa cerita.Tambahan pula tiada apa-apa cerita menarik yang ingin saya sampaikan.

Masa telah lama berlalu. Peredaran masa banyak memberi kesan kepada perubahan teknologi dan juga cara hidup seharian. Tidak terkecuali juga pada apa yang saya pernah lakukan dahulu dan kini semuanya memberi perubahan yang besar sekali.

Buat pengetahuan semua, saya sudah ambil keputusan untuk berhenti dari menghasilkan alat pengesan logam. Banyak sebabnya dan sebab utama adalah saingan yang sangat banyak sekali. Bukan persaingan ada orang yang hasilkan alat yang sama tetapi produk komersial dijual berleluasa. Harga juga jauh lebih murah berbanding harga yang saya jual. Manakala fungsi dan kendalian alat juga sangat baik.

Oleh sebab itu saya berhenti dari menghasilkan alat pengesan logam sendiri. Buat masa ini saya masih lagi menjual alat pengesan logam tetapi bukan dari produk sendiri. Alat pengesan logam yang saya jual adalah dari produk komersial yang dijual oleh syarikat berdaftar.

Apa yang pernah saya buat dahulu memang kena pada caranya tetapi tidak sesuai untuk waktu ini. Keadaan telah banyak berubah. Dengan kehadiran platform seperti Shopee, Lazada dan TikTok menjadikan saingan yang terlalu banyak sekali. Jika saya masih menjual produk lama dan kekalkan cara lama, pastinya ianya tidak sekalu seperti dulu lagi.

Saya perlu ikut peredaran dan perubahan ini dengan mengikuti tren yang sama juga. Untuk itu saya ada buka akaun media sosial berkaitan dengan alat pengesan logam di Instagram, FB Page dan TikTok.

Terima kasih semua yang pernah membeli produk buatan saya dulu. Terima kasih juga kerana memberi sokongan dari pelbagai sudut. Teruskan menyokong saya pada masa akan datang ini.

Terima kasih.

Khamis, 15 Ogos 2019

Review MD PiRP

Salah satu md yang dihasilkan menggantikan md Pi yang lama. PiRP telah diuji fungsinya dan dibuat perbandingan antara md pi yang lama.

PiRP lebih mudah dikendalikan. Senang dalam membuat pelarasan pada sensitiviti. MD pi sebelum ini juga menggunakan satu tombol untuk laras sensitiviti atau beep null. Iaitu melaras pada kadar denyutan beeper.


Pi lama menggunakan komponen yang sangat rumit dan perlu menggunakan komponen yang sama kualiti seperti apa yang diperlukan. Manakala PiRP tidak begitu dan tidak mengganggu kesan pada sistem jika komponen digunakan pada mana-mana pengilang dan pengeluar.

MD PiRP pada asalnya menggunakan versi satu tone. Tone yang terhasil menunjukkan logam yang dikesan. Namun begitu design asal menunjukkan signal yang terhasil nampak lemah. Oleh itu bunyi pada speaker tidak dengar dengan jelas kecuali menggunakan headphone. Penggunaan headphone sangat digalakkan kerana tone yang lemah boleh didengar.

Versi terbaru saya buatkan suis sellector untuk dua mode. Mode pertama adalah sistem asal. Mode kedua adalah sistem yang dinaik taraf pada amplifier speaker. Pada mode kedua LED menjadi hijau. Mode kedua menguatkan isyarat yang terhasil.


Kenapa perlu dua mode pilihan sedangkan boleh saja guna mode kedua terus dan tak perlu suis sellector? Kedua-dua mode ada perbezaan dari sudut tone yang terhasil. Terutama kepada yang menggunakan headphone. Pada mode pertama speaker akan senyap ketika keadaan normal tetapi pada mode kedua terdapat tone lemah yang berterusan pada speaker atau headphone. Tone kecil ini tidak boleh dilenyapkan seperti mode pertama. Apabila logam dikesan, tone kuat akan terhasil.

Penggunaan headphone sangat digalakkan kerana tone yang lemah boleh didengari. Pada suasana yang senyap, tone yang lemah boleh didengari pada speaker dalam. Tetapi pada keadaan yang bising seperti di tepi pantai pasti terganggu dengan bunyi ombak. Oleh itu headphone perlu digunakan.


PiRP menggunakan kuasa bateri 9 volt. Saya cadangkan mengunakan bateri yang mahal sikit kerana untuk ketahanan penggunaan. Bateri 9 volt yang murah juga boleh digunakan tetapi mungkin tidak tahan lama.

Jika dilihat para mengguna komen bateri tidak tahan lama, saya akan cuba atasinya dengan menggunakan dua bateri 9 volt. Jika tiada masalah, saya akan meneruskan sistem yang sedia ada ini.

Sila klik sini untuk pembelian MD PiRP

Khamis, 1 Ogos 2019

MD Pi Russian Pirate

Satu rombakan besar besaran telah dibuat. Semua jenis md telah digugurkan dari senarai dan ditukar dengan beberapa md yang baru.

Pada kali ini md baru disenaraikan antara yang terbaik. Terbaik di sini bukan saya sendiri akui tetapi daripada beberapa pengguna baru yang telah mencubanya. Walaupun harga yang murah tetapi kecekapannya memuaskan berbanding md sebelumnya.

Sistem terbaru digunakan menukar sistem md yang lama. Saya masih mengekalkan sistem Pi di dalam pengeluaran md. Namun disusuli dengan md jenis vlf yang telah dibuat sistem baru walaupun md vlf tidak pernah dijual asalnya.

Kali ini saya ingin menyentuh mengenai md Pi Russian Pirate. Kenapa namanya begitu? Ini kerana teknologi sistem Pi ini diambil dari teknologi Russia yang telah diuji keberkesanannya. Tidak seperti md sebelum ini yang sudah berusia 8 tahun di pasaran yang berasal dari Canada. Namun md lama ini perlu diturun dari senarai atas sebab md baru ini menunjukkan prestasi yang lebih jauh baiknya.

Bagi saya menggunakan md PiRP ini sangat puas berbanding md sebelum ini. Kawalan denyutan frekuensi juga sangat stabil. Manakala pelarasannya juga tidak merumitkan apabila dilaras. Menggunakan single coil dan mempunyai pelbagai variasi coil yang boleh digandingkan.

Di dalam video saya ada tunjukkan ujian mengesan beberapan item logam. Boleh kedengaran bunyi yang terhasil apabila logam dilalukan. Ianya boleh mengesan dengan pergerakan hayunan yang laju. Jadi, tidak melambatkan masa menggunakan md ini berbanding md sebelumnya yang perlu memperlahankan hayunan pergerakan.


Pada dalam video saya sengaja mendekatkan item yang dikesan supaya bunyi jelas didengari. Namun jika kita menggunakan sambungan headphone, jarak pengesanan adalah lebih jauh lagi walaupun bunyinya halus.

Untuk permulaan ini, saya mengeluarkan versi basic sahaja. Ini kerana ada beberapa versi yang akan saya ubah suai untuk menjadinya lebih mesra pengguna. Harganya pula lebih murah.



Untuk pembelian dan tempahan boleh masuk SINI

Catatan Yang Ditampilkan

Kisah Permulaan Saya Menghasilkan Alat Metal Detector

Hai, kawan-kawan! Hari ini saya nak bawa anda semua menelusuri satu perjalanan yang bermula dari impian kecil hingga menjadi kenyataan. Kisa...